Thursday, February 16, 2012
Thursday, December 15, 2011
Masalah Belanja Kahwin Mahal
Assalamualaikum UZAR,
InsyaAllah saya bakal melangsungkan perkahwinan di akhir tahun namun saya berada dalam situasi tertekan kerana masalah adat dalam perkahwinan yang melibatkan kewangan. Alhamdulillah pada mulanya berjalan lancar dan apabila kedua keluarga kami bertemu kami bersetuju untuk mengenepikan adat dan mahu melangsungkan majlis secara ala kadar berlandaskan Islam. Pihak perempuan mencadangkan bahawa kami mengantikan wang hantaran dengan perhiasan untuk bakal isteri saya yang mana mampu. Namun setelah membeli didapati bahawa nilai barang perhiasan yang pihak perempuan jangkakan adalah lebih dari apa yang saya sangka dan mampu.
Ini mungkin ini salah faham dari pihak saya dan keluarga. Dalam jangka masa yang singkat ini saya amat terdesak untuk mencari wang dan jalan yang paling ringkas ialah dengan meminjam dari bank. pun begitu saya faham bahawa adalah haram jika meminjam untuk membeli emas. Bagaimana pula dengan hukum wang hantaran lebih-lebih lagi jika wang hantaran adalah sumber pinjaman dari bank?
Saya juga khuatir wang hantaran lebih kepada menunjuk-nunjuk dan akhirnya tidak diberkati majlis saya nanti.
Oleh kerana perkahwinan adalah untuk memulakan hidup baru saya amat berhati-hati lebih-lebih lagi kerana takutkan riba. diharap uzar dapat memberikan pendapat.
Pemuda ingin tahu
JAWAPAN
Alhamdulillah dan tahniah atas perkahwinan yang bakal berlangsung, semoga dipermudahkan oleh Allah. Berikut adalah respon saya terhadap beberapa soalan yang diajukan:-
1. Memang benar, perkahwinan tanpa melibatkan mas kahwin dan hantaran yang terlalu tinggi adalah lebih baik dan mudah mendapat keberkatan berbanding yang mahal kerana itu bakal meyukarkan pihak kurang berkemampuan, menyukarkan perkahwinan yang diperlukan untuk menghalalkan hubungan pasangan yang memerlukan, mudah dihinggapi penyakit riya’ dan menunjuk-nunjuk kekayaan. Walaupun nilai hantaran dan mas kahwin yang mahal itu diharuskan oleh hukum Islam, namun iu bukanlah suatu yang terbaik.
Dinyatakan bahawa Nabi s.a.w bersabda :
Ertinya : Sesungguhnya wanita-wanita yang paling diberkati dan menjadi keutamaan adalah yang paling rendah mas kahwinnya ( Riwayat Ibn Hibban)Dalam sebuah hadis lain :
Ertinya : Sebaik-baik kamu adalah yang paling mudah mas kahwinnya ( Hadis Marfu’ riwayat At-Tabrani, namun lemah pada sanadnya)Juga hadis yang lain berbunyi :
Maksudnya:Memang kelihatan hadis-hadis di atas menyebut perihal mas kahwin, namun dalam konteks Malaysia yang mempunyai adat memisahkan mas kahwin dan hantaran, kedua-dua belanja yang berkait langsung dengan aqad nikah dianggap relevan dalam erti hadis di atas. Manakala kenduri pula adalah sesuatu yang terasing.
“Wanita-wanita yang paling diberkati dikalangan umatku adalah yang paling rendah mas kahwinnya” (Riwayat Ahmad, namun lemah pada sanadnya)
2. Saudara memberitahu bahawa kedua-dua keluarga telah bersetuju secara ala kadar bagi meraih keberkatan, maka sewajarnya saudara dan keluarga berterus terang dengan bakal pasangan berkenaan luar jangkaannya nilai hantaran yang mereka harapkan. Itu adalah amat penting berbanding menjatuhkan diri dalam hutang untuk berkahwin yang merupakan satu cara yang tidak sihat dari sudut perancangan kewangan.
3. Secara asasnya, tidak ada salahnya meminjam untuk membeli emas bagi tujuan simpanan masa hadapan, pelaburan jangka panjang atau sebagai hantaran, namun ia menjadi SALAH dan DOSA BESAR jika pinjaman dibuat dari bank konvensional secara riba yang dikenakan ‘interest’, atau membeli emas itu secara bertangguh bayarannya. Namun jika saudara membuat ‘pembiayaan peribadi’ dari institusi kewangan Islam untuk memperolehi tunai bagi tujuan perkahwinan, ia tiada masalah dari sudut hukum dan telah disahkan patuh hukum Shariah oleh ulama yang berwibawa dan menyelia institusi terbabit, cuma ia tidak digalakkan sahaja dari sudut perancangan kewangan kerana boleh membawa masalah bebanan hutang di kemudian hari.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
Sumber: http://www.zaharuddin.net/
Sumber:Myibrah.com
Wednesday, October 12, 2011
Doa Seorang Ibu
Nabi Musa AS bermunajat kepada Allah SWT, “Ya Allah, tunjukkanlah siapa yang akan menjadi kawanku kelak di surga?”, kemudian Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Musa, “Wahai Musa, orang pertama yang melewati engkau di jalan ini dialah kawanmu di surga”.
Tepat setelah itu, seorang pemuda lewat di depan Nabi Musa, maka beliau mengikutinya untuk mengetahui apa amalan pemuda tadi sehingga dia mendapat kedudukan mulia di surga, berdampingan dengan para Nabi. Beberapa langkah berlalu, kemudian si pemuda memasuki sebuah rumah, dia duduk bersimpuh di depan seorang wanita tua, lalu mengeluarkan sepotong daging dan memanggangnya, kemudian setelah cukup matang dan lembik dia menyuapi wanita tua itu dengan pelan-pelan penuh kasih sayang. Setelah selesai dia menuangkan air ke mulut wanita itu dan keluar.
Nabi Musa bertanya, “Demi Kebesaran Allah, siapakah wanita ini?” Si pemuda yang belum tahu siapa yang bertanya ini menjawab, “dia adalah ibuku”. Nabi Musa bertanya lagi, “Apakah dia tidak mendoakan kamu?”, “Ya, dia selalu mendoakan saya setiap hari dengan satu doa, tidak pernah diganti dengan doa lain”, jawab pemuda itu.
“Apa doa yang dipanjatkannya?”, Tanya Nabi Musa lebih lanjut. Dia menjawab, “Ibuku itu berdoa, Ya Allah jadikanlah anakku ini bersama Musa bin ‘Imran di surga”. Nabi Musa senang dengan doa ini dan terlihat kegembiraan menyelimuti wajah beliau, lalu berkata, “Wahai pemuda, bergembiralah, Allah telah mengabulkan doa ibumu, akulah Musa bin ‘Imran”.
Jika kita menyimak kisah ini, tentunya dapat ditarik sebuah kesimpulan, bahwa anak yang berbakti kepada orang tuanya terutama ibu, pasti akan mendapat balasan yang layak baginya, iaitu syurga. Begitulah kita mengetahui, bahawa syurga berada di bawah telapak kaki ibu. Dan ibu kepada anaknya pasti dikabulkan oleh Allah.
“Doa orang tua untuk anak seperti doa para Nabi untuk umatnya”.
Sumber: http://madinatulilmi.com
Sumber: MyIbrah.com
Tuesday, August 16, 2011
Lagu Raya
Ni ada la sikit lagu raya..pelan-pelan gua add...duk ada 2 minggu lagi...korang kasi tajuk aku cuba la carikan...ader banyak jugak..tapi lembab nak upload naik ni.
P.Ramlee -Dendang Perantau
Aishah - Pulanglah
Anuar & Ellina - Suasana Di Hari Raya
Mamat -Ku Pohon Restu Ayah Bonda
Sudirman - Dari Jauh Ku Pohon Maaf
Fazidah Joned : Selamat Hari Raya
Ahmad Jais : Selamat Hari Raya
Uji Rashid Hail Amir: Seloka Hari Raya (HQ Audio)
BILA TAKBIR BERGEMA - RAFEAH BUANG

Monday, October 25, 2010
Buat Renungan semua..terutama wanita
SALAM,
sedikit cheritera yg di copy paste dr sebuah blog:
"Semalam, saya sampai ke ofis agak awal. Jadi saya duduk dululah dalam kereta sambil mendengar lagu. Tiba-tiba, terkejut saya apabila ternampak kereta peronda polis berhenti dibelakang saya. Dengan penuh gaya, seorang polisi datang ke arah saya.
"Selamat Pagi, Cik Kak.."
"Errr selamat pagi".. jawab saya, dengan nada yang terkejut. Tahu yang saya nampak panik, polisi tu tersenyum sambil berkata:
"Selalu ke ofis, memandu sorang diri ke??.."
"Errr.. ya, saya sorang je. Apahal Encik..?"
"Beginilah, saya cuma nak menasihatkan awak saja. Awak tak buat kesalahan apa-apa, jangan takut. Cuma,macam yang kita semua tahu, sekarang banyak betul berlaku gejala ragut, rogol, cederakan, bunuh.. berlaku kepada wanita. Orang-orang yang tak sihat ni, selalunya akan perhatikan dulu mangsa mereka, beberapa hari sebelum dia nak mengganas."
"Saya nasihatkan awak, jangan terlalu menghias kereta yang boleh menggambarkan sesebuah kereta kepunyaan wanita. Kalau boleh, anak-anak patung dan bunga-bunga, jangan diletak didalam kereta. Biar ?mereka? susah nak membezakan kereta lelaki dan kereta wanita. Lagipun hiasan anak-anak patung ni memang menjadi pemikat kepada mereka-mereka yang suka bersembunyi dicelah kereta, terutamanya dikompleks-kompleks beli-belah untuk mencari mangsa. Sebab mereka tahu, hanya wanita saja yang suka menghias kereta dengan anak patung nih."
"Banyak kes ragut di tempat parking, mendapati penjenayah berada ditepi kereta mangsa, beberapa minit, sebelum mangsa sampai.. Dan salah satu cara mereka nak tahu kereta tu milik wanita atau lelaki, ialah melalui keadaan dan rupa dalaman kereta itu. Jadi berhati-hatilah, jaga diri baik-baik?. kata polisi itu lagi sebelum berlalu.
"Terima Kasih encik.." jawab saya, bertambah-tambah pucat. Errrrrrrr . betul jugak. Tiba-tiba terus perasaan takut menjelma.Sebelum ni tak ada pulak. Memang tak terfikir saya sebelum ni, yang hiasan kereta juga mengundang bahaya. Hmmmm? nampaknya Hello Kitty, Pooh dan kawan-kawannya tak boleh lagi berjalan-jalan bersama Kancil saya. Kena duduk kat rumah aje.
Moral of the story:
Hiasan kereta bukan saja menarik kanak-kanak, tetapi juga menarik penjenayah!!"

Monday, September 20, 2010
Proton oh Proton
Pada minggu lepas, sedang aku memandu tiba-tiba terdengar bunyi yang agak menyakitkan hati..aku kalau drive cukup tak suka dengar bunyi kreuk-kreuk atau yg sewaktu dengannya. Memang pantang..Apa lagi sambil drive mencari la dimana bunyi tu..Rupa-rupanya aku punya tempat ya ng ada lambang rokok tu dah longgar.. Ahh!! takpa nanti balik rumah boleh repair.. Ku ingatkan senang..ceh susah gila.. Terus cabut dah tak pasang..Tapi!!!! Dalam proses membaiki benda tu aku terjumpa sesuatu yg menyebabkan hilang kepercayaan aku kepada Proton. Dashboard aku dah lama rosak..aku rasa mungkin pasal cuaca panas.. Mula-mula sekali bila dibuka, dah nampak satu bracket dia patah..takpa lagi..lepas yg terkejutnya aku....dia lapik dgn kertas...Di gulung-gulung lepas tu dia selit kat bawah..Pasal tu la org tak percaya dekat Proton.. Kualiti macam sampah..masa beli aku berbangga dengan jenama tersebut..kini kepercayaan ku kian kurang... Macam mana org nak beli buatan Malaysia...
Subscribe to:
Posts (Atom)