Monday, September 20, 2010

Proton oh Proton

Pada minggu lepas, sedang aku memandu tiba-tiba terdengar bunyi yang agak menyakitkan hati..aku kalau drive cukup tak suka dengar bunyi kreuk-kreuk atau yg sewaktu dengannya. Memang pantang..Apa lagi sambil drive mencari la dimana bunyi tu..Rupa-rupanya aku punya tempat ya ng ada lambang rokok tu dah longgar.. Ahh!! takpa nanti balik rumah boleh repair.. Ku ingatkan senang..ceh susah gila.. Terus cabut dah tak pasang..Tapi!!!! Dalam proses membaiki benda tu aku terjumpa sesuatu yg menyebabkan hilang kepercayaan aku kepada Proton. Dashboard aku dah lama rosak..aku rasa mungkin pasal cuaca panas.. Mula-mula sekali bila dibuka, dah nampak satu bracket dia patah..takpa lagi..lepas yg terkejutnya aku....dia lapik dgn kertas...Di gulung-gulung lepas tu dia selit kat bawah..Pasal tu la org tak percaya dekat Proton.. Kualiti macam sampah..masa beli aku berbangga dengan jenama tersebut..kini kepercayaan ku kian kurang... Macam mana org nak beli buatan Malaysia...

No comments:

Post a Comment