Thursday, July 1, 2010

Solat Dhuha

Solat Dhuha untuk jiwa, murah rezki



Sebagai umat Islam, kita wajib yakin bahawa segala sesuatu adalah

milik mutlak Allah SWT. Seiring hakikat itu & ketika ekonomi negara

gawat ini, eloklah untuk kita smua bermuhasabah & kembali mendekati

Allah.

Mengapa tidak segala keluhan spt bajet lari, hutang bertimbun &

pelbagai kesusahan lain diadukan kpd Allah..? Dia bersifat Ar-Razzak

iaitu Yg Maha Memberi Rezki.

Satu kaedah mudah untuk mendekati Allah ialah dgn mengerjakan solat

Dhuha. Hanya dgn 2 rakaat setelah matahari naik kadar tinggi "segalah"

- kira-kira 30 minit setelah terbit matahari-kita boleh mengadu untung

nasib kpd-Nya.

Bermula dgn niat solat sunat itu, iringi bacaan al-Fatihah dgn surah

al-Kafirun, al-Ikhlas @ al-Syams pd rakaat pertama serta Surah Dhuha

pd rakaat kedua. Lakukan solat ini dgn keyakinan ia mampu memberi

ketenangan & kemurahan rezki.

Setelah selesai solat disunatkn pula berdoa dgn doa memohon kurniaan

rezki: " Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha waktu dhuha-Mu, cahayanya

cahaya-Mu, kekuatannya kekuatan-Mu, keindahnya keindah-Mu, Ya Allah

sekira nya ada rezki di langit maka turunkannya, jika ada di bumi maka

kluarkannya, jika jauh maka perdekatkannya & jika ada nya hampir maka

permudahkannya dgn kebenaran Dhuha-Mu, cahaya-Mu, kekuatan-Mu &

kesucian-Mu, berilah kpdku sebagaimana engkau berikan kpd hambamu yg

soleh. Dan smuga Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi

Muhammad & ke atas keluaraga para sahabat baginda sekelian. segala

puji bg Allah Tuhan pentadbir seluruh alam...."

Ingat lah bagaimana kuatpun seseorg bekerja mencari wang, rezki ttp di

tangan -Nya. Justeru umat Islam disarankn berjinak2 dgn amalan mudah

ini krn selain rezki bertmbh, byk kelebihan disediakan oleh Allah.

Antaranya keampunan dosa spt sabda Nabi Muhammad: "Brg siapa yg

sentiasa mengerjakan dua rakaat dhuha, diampunkn dosa2 nya wpun sebyk

buih dilautan".

No comments:

Post a Comment